Thursday, April 8, 2010

8/4/2010

Dah lama aku tak menulis kat blok aku ni...rasa macam dh lama sgt....asyik dok buka blog org lain je..blog sendiri tak juga ada penambahan....masa sekarang terlalu sibuk dgn kerja...aku rasa sekarang terlalu banyak kerja nak di buat kat office ni......rasa bosan pun dh ada..5 tahun aku dok buat benda yg sama je....minta tukar unit bos tak bagi...nak minta tukar tempat kerja lain rasa sayang nak tinggalkan kemudahan yg ada kat sini...contohnnya TASKA..walaupun mcm2 berlaku kat taska tu tapi kat mana nak cari taska yg bayar murah mcm taska tempat aku ni....tu yang buat aku sayang nak tinggalkan kemudahan yg ada kat sini.....lgpun bg yg perpendapatn x seberapa mcm aku ni....
Pada tahun ini (2010) sudah hampir 4 bulan berlalu...mcm2 tragedi sudah berlaku....
nak dijadikan cerita & tak kusangkakan perkara ini akan berlaku pada diriku....bab kata org tua2 malang tak berbau....."aku sebenarnya dh lama x bermain bola jaring...dh lama sangat..aku last main bola jaring masa aku umur 17 tahun dan lepas tu aku tak main lagi...sehingga pada tanggal 10/2/2010 aku bermain lg buat kali pertamanya setelah sekian lama aku tinggalkan permainan tu....sekarang umur aku dh nak masuk 31 tahun..(badan semakin besar)so kiranya dah 14 tahun aku tak sentuh bola jaring tu.....aku bermain untuk wakil rumah hijau kat office aku ni...mual2 aku tak nak tapi dh x cukup org aku main juga la.....yg kelakarnya aku main tak sampai 5 minit dan pertama kali aku sambut bola......pap!! lengan aku dh terseliuh....aku dh x boleh bergerak....aku rasa mcm nak pengsan waktu itu sebab terlalu sakit sgt...kesakitan tu hanya ALLAh sahaja yg tau....." aku mmg x tau nak ckp waktu tu yg aku tau lengan aku dh tak boleh bergerak....kawan satu office aku yg bawa aku gi klinik (Kak izad..terima kasih byk2 kak izad kerana membantu saya)...terukkan baru bermain 5 minit dah kena..bab kata org tua2 (kata org tua lg) penyakit cari sendiri..........itula malang tak berbau.................
pregnancy